Friday, September 19, 2014

Rindu Pada Ahmad Ammar



“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika DIA telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun.” –Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang Hidup

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Syukur pada Allah, masih lagi bernafas di muka bumiNYA, semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan keampunanNYA. Hari ni aku nak berkongsi seuatu yang sangat indah dan semoga bermanfaat buat kalian. Pada awal bulan Mac, kalau tidak silap, aku tercari-cari buku berkenaan Allahyarham Ahmad Ammar selepas terbaca di internet tentang kisah syahid beliau di bumi Turki. Aku sangat-sangat berharap dapat memilikinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan hajat tu. How to describe the book? As for me, aku akan simpan buku ni sebagai koleksi yang sangat aku sayang. The contents really help me to think and realize a lot of things, I haven’t aware of before.

Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang Hidup Legasi 1993-2013, Tokoh Maulidur Rasul 2014 Peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan.


“Satu Kematian yang Hidup”. Ya pemergian Ahmad Ammar bertemu Sang Pencipta merupakan satu kematian yang hidup. Ammar 3 tahun lebih muda pada aku pada angka, tapi pemikiran dan kematangan Allahyarham, Subhanallah. Bagai langit dengan bumi. Malu sungguh aku. Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di perkuburan Eyub Sultan menghadapLaut Golden Horn. Tanah perkuburan ni menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar sehingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Aku akan buat nota untuk setiap pernigatan-peringatan indah yang dijumpai dalam buku ni.


Kisah syahid Ammar menjadi viral bukan sahaja di Malaysia tetapi telah menjangkau ke banyak Negara yang ingin mengtahui lebih lanjut tentang beliau. Beliau merupakan pelajar cemerlang yang mempunyai intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang “syahid yang tertangguh”. Pemikiran dan penglibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun, beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria.

Walaupun tidak mengenali Ahmad Ammar, jauh sekali pernah berkomunikasi dan berjumpa dengan Allahyarham, serius aku rasa rindu untuk mengenali Allahyarham. Semoga kisah Ammar menjadi pencetus semangat untuk aku menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat. Thank YOU ALLAH, sebab izinkan aku memiliki buku ni.

Anda boleh pinjam pada kawan-kawan dan cubalah baca. Yang berada di Pulau Pinang, dan terlepas peluang untuk membeli, saya berbesar hati untuk meminjamkan buku ini. InsyaALLAH bermanfaat, especially for teenagers.

“Jika engkau mahukan teman, Cukuplah ALLAH sebagai teman,
Jika engkau Mahukan musuh cukuplah Nsfsu sebagai seteru,
Jika engkau mahukan hiburan, Cukuplah Al-Quran sebagai bacaan,
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.” –Ahmad Ammar

Melalui buku ini telah menemukan aku dengan buku yang mengagumkan dan memberi inspirasi, Badiuzzaman Said Nursi, Pejuang dan Pemikir Islam Turki.



P/S: Bermula pada19/09/2014, penulisan di Blog ini adalah mengikut Tema. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh Klik link ini (Kenali Saya dan Blog)




Tuesday, July 15, 2014

UiTM Di Hatiku

Assalamualaikum and Hallo sayang-sayang sekalian.
Wah, bersawang teruk dah rumah ke-2 aku ni!
Menulis blog ni adalah benda yang sangat menyeronokkan bagi orang yang lemah kemahiran komunikasi macam aku ni. Tapi macam manalah dah enam bulan tak update blog. Well, let bygones be bygones, new beginning please.

Dalam entry ni, I just want to express my gratefulness to Allah The Almighty ‘coz with His blessing and permissions, I managed to finish my bachelor’s degree. UiTM di hatiku.  Subhanallah, perjalanan sepanjang bergelar seorang pelajar universiti memang tak akan pernah luntur daripada kotak memori aku. Walaupun ada sesetengah perkara tu, I try so hard to get rid of from my mind. Banyak sungguh dugaan, kesilapan, dosa dan kekurangan yang telah aku lakukan sepanjang bergelar pelajar. Pengajaran yang paling berharga untuk dipelajari bagi menjadi seorang yang lebih baik kelak. InsyaALLAH. Terima kasih wahai hidup untuk sebuah kisah ini.

Okay,back to the story. Alhamdulillah, pada 19 May 2014 yang lalu aku telah bergraduasi, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-80UiTM Shah Alam di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Subhanallah,forthe first time in my life. To tell you, that was not my day, tapi hari tersebut adalah hadiah untuk Mak aku. Allah… sayangnya kat mak, nyawa aku. Cukuplah aku tahu betapa besarnya pengorbanan mak. Semoga aku selalu ingat pada bumi ku berpijak! Subhanallah, tak pernah tengok muka mak segembira hari tu. Kepada arwah ayah yang sentiasa dirindui, I know you could see all this. I am always proud having you as my hero, walaupun Allah bagi pinjam 11 tahun sahaja. Kepada ahli keluarga lain, ini hadiah untuk kalian juga.

To my nephew and niece in law, terima kasih bagi tumpang rumah, sudi hantar dan ambil ke UiTM. Kalian juga sangat bermakna dalam hidup acu. Ashraf dan aunty-nya, terima kasih sudi datang. Ashraf, anda juga telah banyak berjasa kepada diri ini.Tak terbalas, indeed!. Siti Syafiqah, terima kasih juga kepada anda, u made my day! All the way from KL. You helped my mom a lot untuk urusan masuk dewan. InsyaAllah, will attend your convocation day this coming November. Kepada insan-insan yang menjadi sebahagian daripada cerita dan perjalanan aku sepanjang bergelar pelajar, ucapan terima kasih untuk kalian juga.
Ini adalah bingkisan kenangan sepanjang istiadat konvokesyen tersebut.
 (Allah.. time ni tembam giler!)

Kesayangan

Sedih campur gembira

Malu-malu.. Kena usik dengan camera man.

Thanks for coming.

Thanks for coming

Thanks for coming bro. 
Ashraf and Mak

Iqa and Mak.

Hadiah untuk Mak

Iqa tak sabar nak convo.

Ashraf convo kali ke-2. Hehe

Muaz kenapa muka macam tu?

We are family.


Cucu Tok Su

Zara kenapa menangis teruk sangat tu?


-Sekian-


Friday, February 8, 2013

Friday

Assalamualaikum w.b.t :)
It's Friday again. Pada yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Selamat bercuti dan semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan hari Jumaat ni. Pada yang menetap di negeri-negeri lain, selamat bercuti esok. Mungkin ada yang dapat cuti panjang untuk CNY. Meriah, meriah! Isilah masa cuti dengan perkara yang bermanfaat.

Well, worries surrounded my mind now as the Gym that I used to go will be closed for a week. You just imagine how much fats yang akan singgah kat dalam perut ni for one week. Lemak yang dikumpul untuk seminggu  memerlukan lebih 2 minggu untuk dibakar. So, Im not crystal clear yet, apa yang patut saya  buat within this 7 days so that I keep on maintaining my fitness, weight, and my diet. Hopefully Allah will show me the ways.

So, as today is a Friday, I just wanna do my part to spread out may be a little beneficial reminder. I found it on a page of a book, I wrote it long time ago.Pada ketika saya sedang diuji dengan sesuatu yang berat dalam kehidupan ni. Semoga beroleh manfaat.

Nasihat Imam Ali r.a,


"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan,
 janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, 
janganlah berduka dengan bencana,
 janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api.
 Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. 
Sesunguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan.
 Engkau tidak akan mencapai semua cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. Kerahkan kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan"


P/S: Pada kaum Adam, selamat menunaikan Solat Jumaat. Sama-sama kita ke masjid awal dengan pakaian yang bersih,beriktikaf di dalam masjid, banyakkan berzikir, dengar Khutbah dengan baik. Semoga dapat ganjaran dan redha Allah pada hari ni :)

Thursday, February 7, 2013

No Title :)

Sedar tak sedar ataupun buat-buat tak sedar sekarang dah menghampiri pertengahan bulan February. That's how time goes by and one thing you can't recycle is wasted time! Well peeps, how old are you now?? What you have done to your entire life?? Are you on the right track?? Do you satisfied on the things achieved?? Well, some might say YES and I bet many will say NO. When I was celebrating my 23rd birthday on January 5th, I began to realized that there were too many time wasted with excuses, mistakes, laziness, negativeness and many other negative attitudes. Yeah, the fact is we cannot change the past but what matters is, to live in the present, live now, for every moment is now. It is your thoughts and acts of the moment that create your future. The outline of your future path already exists, for you created its pattern by your past.

So, while we are still breathing, it is never too late to be what we might have been. My mother used to say that it's never too late to do anything you wanted to do. And she said, 'You never know what you can accomplish until you try.' So, you guys let us never give up and make today as the starting point to be more positive and see life in the smartest ways. As we all realized, we are getting closer to our death day by day, so, let us do things that will make us happy on this earth and hereafter so that we wouldn't regret later.

I dont know why?? it seems that my brain doesn't really works today. Hampir satu jam setengah merayau-rayau di dunia maya ni, memikirkan what is the best thing I can share with you guys. From Facebook News Feed to the NST to the Harakah Daily, I was also leafing through magazines. Eventually, I was still lacking of ideas. What a very unacceptable reason! There are billion matters you can write on. Well, nothing much I could do on it! I pleaded guilty on this entry! :) Anyway, this is entry dari hati :)

P/s: Well, I would like to wish and pray for your fabulous and joyful day. In Shaa ALLAH will try my best to write better, more interesting issues will come up :)









Wednesday, February 6, 2013

Listen and Talk


Listen, listen, listen and listen!
Do you force people to listen you??Do you deserve to be listened?? Or how well do you listen?? Yeah, it’s all about LISTEN.
Why do I choose to write rather than speak?? Kenapa saya menulis di blog ini?? Adakah saya seorang yang bisu, tidak mampu berbicara??ataupun ‘kera sumbang’ yang tidak mempunyai sahabat untuk mendengar?? Atau mungkin juga saya seorang yang gagap dan sengau?? Well, some people find it’s easier to write than speak. So do I. Kemungkinan juga seseorang memilih untuk menterjemah buah fikirannya melalui penulisan kerana penyampaiannya adalah lebih baik. Mungkin juga kerana orang-orang di sekeliling bukanlah pendengar yang baik apabila diajak berbual atau berkongsi pendapat. Segalanya mungkin.

Well guys, are you a good listener??
Pernah tak waktu ibu, ayah, sahabat, atau orang yang menyayangi anda sedang bercakap dan dalam masa yang sama anda sibuk dengan Smartphone, Ipad,Tabs dan segala bagai gajet teknologi. Texting, Facebook, Twitter, Instagram, whatsApp and many more. Kadang-kadang kita tak peduli perasaan orang yang sedang bercakap tersebut dengan kebiasaan dan sikap kita itu. Gajet dan teknologi tidak pernah bersalah atau layak dipersalahkan dalam hal ini, sebaliknya, manusia yang memperbodoh dan memperbiadapkan diri dengan teknologi.

Saya rasa tiada salahnya, apabila orang lain sedang bercakap dengan kita,dengarlah dengan baik, mungkin ada perkara penting yang cuba disampaikan atau ingin dikongsikan. Kadang-kadang kita lunturkan perasaan kasih dan sayang, kita lukakan hati orang yang sedang berbicara tanpa kita sedari. Mungkin hari ini dia di hadapan kita cuba memperkatakan sesuatu, tetapi kita tidak mendengar dengan baik dan hari esok apabila dia tiada lagi di sisi barulah kita merasakan banyak perkara yang telah terlepas untuk dikongsikan. Perkara mendengar ini nampak remeh tetapi ia meninggalkan impak yang besar pada emosi, perasaan dan kehidupan. The listening skill is very crucial to lead a better life, indeed!

I keep on reminding myself, it’s okay if people don’t listen me. Maybe, I am not a good speaker to influence or grab people attention, or maybe I’m kinda boring person to talk to or maybe I am less important to be listened. However, it’s my responsibility to listen and respect when a person is talking to me. It’s not to say that I am good enough, but I did the same mistakes before and I don’t wanna do it again and again. You know what, having a good listener is sometime worth more than money could serve you. 

Last but not least, it’s not that hard to be a good listener ‘coz being a good listener will build love and tighten relationship. Kita jangan terlampau banyak bercakap dan sentiasa berharap orang lain mendengar kita sedangkan kita tidak pernah meninggalkan ruang pada orang lain untuk bercakap dan menjadi pendengar yang baik.


P/S:
  •   Kita tidak perlu menjadi pendengar yang baik untuk Gossip, Fitnah, Caci-maki dan perkara-perkara lagha yang lain. 
  •   Peringatan untuk diri sendiri. Semoga beroleh manfaat 
gPicture: Mr. Google Image.


Tuesday, February 5, 2013

Saya Hipokrit.

Hai cantik-cantik dan hensem-hensem semua. Saya nak tanya sikit, kalau tertanya banyak sorry iye. Pada pandangan anda semua, PERLU TAK SIKAP HIPOKRIT dalam diri kita?? I used to see dekat facebook status, tweets dan banyak lagi, madah-madah seperti "Don't be hypocrite and just be yourself," "Jangan Jadi hipokrit!" dan frasa-frasa yang lebih kurang definisinya. As for me, there is no specific answer whether it is true or not. Basically, it depends on how we measure it and the way we apply it yo our live. Isn't it??

Pada saya ada sesetengah perkara sikap hipokrit itu sangat diperlukan. Boleh jadi ia akan menjadi batasan kepada perilaku kita. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, apabila kita berfikir kita perlu menjadi diri kita dalam setiap perkara yang kita lakukan, ia boleh mengundang kepada kesan yang tidak baik. Contohnya, apabila kita fikirkan habit atau sikap buruk yang biasa kita lakukan adalah diri kita, kita tidak akan berusaha memperbaiki diri kita sendiri. Ini kerana kita merasakan sikap buruk itulah diri kita. Pada saya dalam sesetengan perkara sikap 'hipokrit' itu akan menjadi satu peluang atau tempoh masa untuk kita memperbaiki diri kita sendiri.

Let me makes you crystal clear on this matter. Berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian daripada perwatakan orang lain. Again, Facebook. Kadang-kadang tu ada orang bila post status, gambar or video di facebook seolah-olah, facebook tu dia seorang je yang boleh tengok. Tidak ada perkara lain yang dipertimbangkan dan diambil kira atas alasan JUST BE YOURSELF. Let me tell you guys, alasan yang kerap diberikan bila ada orang yang mempersoalkan status-status yang kurang 'proper' ni.

>Ni Facebook aku, suka hati akulah!
>Ala, kalau tak suka add aku buat ape? Remove sekarang!
>This is me, if you dont like, Shuhhh,shuhhhh, stay away!

and many immature reasons given. As for me, golongan yang macam ni memang tak boleh ditegur ajar. Dia percaya semua benda yang dilakukan adalah betul. Well guys, we gotta realize that sometime we have to listen and bear in our mind that we are imperfect. Others opinions must be considered wisely so that we gain benefits from it.

Well, in a nutshell, I just like to remind myself jangan terlampau taksub menjadi diri kita sebab dalam dunia ni hubungan kita bukan hanya dengan diri kita. Ada banyak benda yang kita kena pertimbangkan. Tidak salah menjadi diri sendiri., tetapi pilih la untuk berperwatakan yang menyenangkan hati orang lain dan mendapat Redha ALLAH yang sebaiknya. Ingatlah ada dua hubungan yang perlu dijaga, Habluminallah, Habluminannas. Moga bersama beroleh manfaat :)

Sunday, February 3, 2013

Tell Me How You See Life?


Assalamualaikum and Hello guys!

Whatssup there? I bet that everything is good and awesome. It has been few days I am trying to move my fingers to come out with at least one entry as a new beginning for this abandoned blog. Well, you see I am here to start everything all over again. I’m hoping for a shining light that will brighten up my life again.

Actually, to tell you the truth, I have been trapped in my own life, my own feelings for few months. It seems that everything is not right. Sometime, I have no idea for every matter happened in my life until I turned to be a very bad looser. Well, let just leave the past things behind, may it be the great lesson to move on, to see the opportunities and happiness waiting ahead. Well, it is not really a long semester break that I’m going through now; just try my best to utilize it to the fullest. Currently, I’m busying myself with all gym stuffs, learning and improving my poor English (as you can see), and not to mention I really wanna be a blogger again. All above all, Allah knows that I’m trying hard now to build up my motivation again as I have to face more challenges in future.  It’s now about How do I see life??  For one thing that I believe and keep on believing, Allah has set that I was born to be a successful man on this world hereafter. Efforts and positive thinking are vital now.

Well, I feel that I been nagging too much. For those who read and visit this blog; I first thank you and please come again. Your encouraging comments or might be stories and opinions to be shared are most welcomed. This site will become a medium for me to share my stories and things I do in my life.

P/S: Sorry for the poor English used, hopefully you are understood on things that I try to say. It’s my pleasure to see you be my English teacher. Do correct my mistakes.

Friday, December 14, 2012

Memori

It's Friday. Pagi ni I supposed to have my investment talks. Aku duduk dalam dewan tak sampai satu jam and keluar. Start enjin motor and g kafe kat bangunan kolej. Tempat yang aku pernah tinggal, permulaan kehancuran yang aku ciptakan. Menapak je kaki aku dekat kawasan kolej, semua memori 4 semester lepas bermain dalam fikiran aku. Tak tahu aku nak gambarkan betapa telah aku sia-siakan peluang dan perjalanan yang sepatutnya menjadi indah dalam hidup aku. Tak mungkin masa tu dapat dikembalikan. Aku pergi lepak dekat surau Malinja,baring. Ada seorang student mauk solat duha, i guess. Warak muka dia. Solatnya tak tergopoh gapah. Disusuli dengan bacaan quran. Aku dulu? Surau jarang-jarang bertamu. Ni lah hasilnya sekarang. Dalam jiwa aku sekarang ni penuh dengan kekesalan je. Aku pun tak tahu nak bangkit daripada kejatuhan ni macam mana. Even now, apa yang sangat mengecewakan  diri aku sendiri, aku memang tak pernah nak ubah diri aku. 

Tuesday, December 11, 2012

Apa Dah Jadi Dengan Hidup

Tak tahulah apa lagi yang masih tersisa pada diri ni. Perasaan putus asa saban hari mengelilingi ruang hidup aku ni. Aku rasa hidup aku i macam dah musnah. Semua hasil kesilapan aku pada masa lalu. Aku tak tahu dah mecam mana nak bangkit daripada perasaaan ni. Letih bermain dengan perasaan ni. cuma yang terasa hidup ni dah musnah. hari-hari yang aku lalui memang terasa suram. tengok kehidupan orang lain, aku rasa aku pun berhak hidup macam tu. satu demi satu kesilapan dan keputusan yang aku buat dalam kehidupan tu. Salah aku semua ni terjadi. tiap-taiap hari, tiap-tiap masa aku berharap diberikan peluang untuk memulakan segala-galanya. Especially my study. aku rasa semuanya dh musnah. Aku rasa tertekan. Aku cuba bangkit, aku jatuh dan jatuh. Kadang-kadang aku buntu. kenapa sampai sejauh dan seteruk ini kehidupan aku pada saat ni.

Tuesday, November 27, 2012

LUAHAN

Kesilapan dan dosa-dosa yang lepas betul-betul 'menghantui' segenap ruang dalam hidup aku. Dosa pada tanggungjawab dan tujuan hidup, dosa kepada ibu yang terlalu banyak berkorban. Apa yang aku lalui sekarang ini adalah hasil kesilapan lepas, mungkin perkataan yang paling tepat adalah BALASAN. Setiap kali hati ni terasa lemah, tubuh terasa longlai, rasa menyesal menyerang emosi, aku cuba bangkit memotivasi diri. ALLAH menguji. Sama ada mahu bangkit memperbaiki diri, atau terus hanyut dan lemas dengan duniawi. Semua itu pada pilihan sendiri.

Namun, hari silih berganti, ada juga kesilapan sama, aku ulang lagi. Usahaku tak akan berhenti, walau pun sebenarnya sering terhenti, kalalaian sama menjadi pilihan hati. Belum pasti tua menanti, takut bila nafas terhenti, hanya kelalaian dan dosa bersarang di hati. Ada hari-hari menanti di hadapan, apa yang ada di dalam hati sekarang ini, semoga Allah menjadi priority, InsyaALLAH hidup akan terpandu sepanjang hari.
Takut, takut, takut terbabas lagi!

Paling aku takuti, bila susah, bila derita ALLAH meniti dibibir, sumpah tak mahu berpaling dariNYA, bila sedikit senang menyinggah bertandang, kembalilah kepada dosa dan kelalaian yang lama. NAUZUBILLAH!
Bimbinglah hati yang sangat berdosa ini!




Wednesday, April 4, 2012

Tribute dari Air Mata

Bangun je dari tidur petang hari nie, hati ni serba tak kena.. Tak ade apa yang menguasai segenap jiwa dan sanubari selain ingatan dan perasaan rindu terhadap satu-satunya wanita yang boleh mengalirkan air mata ni tanpa henti. Sumpah, rasa rindu yang teramat sangat! Bila melihat jasad yang sudah bersia 22 tahun ini, terasa longlai, aku masih terlalu tidak bersedia untuk hidup tanpa wanita itu!
Bukan dari jenis aku untuk sering melafazkan kata sayang, kata rindu kepada wanita itu. Sombongkah aku?
Semangat aku untuk terus melangkah kerana aku bernafas dan setiap denyutan nadi aku, rasa rindu dan cinta itu sentiasa hidup.
Terkadang diri ini leka, tanggungjawab pada wanita itu sering aku abaikan, aku semakin meningkat dewasa tapi mungkin aku lupa dia juga semakin di senja usia, Wanita itu tidak menzahirakan betapa dia dahagakan kasih sayang anak-anak, terutamanya aku! Perlukan lebih masa untuk berkongsi cerita-cerita indah dia membesarkan aku. Di mana aku sekarang??
Dia kuburkan segala keinginan, kebahagiaan dia untuk melihat aku hidup selesa! Agar aku mampu bergelak-tawa macam anak-anak yang lain.
Mak, mungkin mak tidak akan pernah baca semua ni, 
Pada saat air mata ni tidak berhenti mengalir, anakmu ini sangat menghargai segala pengorbanan yang telah engkau lakukan, andai diredah seluruh dunia, Mak tiada galang gantinya.
Minta Maaf mak sebab tak dapat jadi anak yang baik!

Malam ni mood aku memang nak 'tacing' sangat-sangat. Teringat dekat Mak. I believe same goes to her.

Dengar je lagu Warisan, Jasa Bonda ni dari zaman sekolah rendah sampai sekarang.. mesti lari sembunyi menangis!


Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda



Thursday, March 8, 2012

This is a bad tittle but a new beginning.

Kalau jentik-jentik dah jadi nyamuk pun, kalau rumah dah bersawang, kalau kahwin dah beranak pinak dah dan kalau budak-budak dah jadi abang-abang yang berjanggut atas bawah dah. Hiperbola sangat! macam tu lah blog aku ni, dah tinggal lame sangat dah. Takpe lah kan, at least, I already here, to start all over again. Hopefully. Teringat pulak, ni minggu pertama  aku untuk semester 4, untuk satu subjek ni biasalah first class meeting, lecturer akan buat sesi perkenalkan diri. Tapi lecturer ni dia tanya cita-cita setiap orang. Dah macam budak darjah satu pulak. Tapi betullah, pada usia yang kian senja ni (sastera sangat), memang dah kena ade cita-cita yang jelas dalam hidupkan?

"I dont want to be a banker, I am a businessman in Men Fashions and Fitness Industry in future"

Kurang lebih tu lah jawapan aku. Im doing degree in Islamic Banking. A course which said has a bright future. Unfortunately, I dont think, Im really into it. Future banker?? I dont think so. I like and precisely love business.Well, we can't expect much and become too demanding when it comes to jobs matter. I pray for the best. InsyaALLAH.



Seriously, tahun ni memang merisaukan fikiran dan jiwa aku, when I realized that I'm already 22. Rase owhh shit, what's the hell am I doing on this earth?? tak nampak lagi jalan, perancangan, perubahan sikap, kematangan. Aduh, I feel really bad! too much mistakes in the past. Tu lah orang kata, kesilapan dan pengalaman lampau tu sepatutnya manjadikan kita lebih matang dang kuat untuk hidup.

Well, all above all, at least I realize it now. It's time to change and improve.
Seriously, tak tahu macam mana nak mula menulis semula.
Kalau karangan ni hantar kat cikgu sekolah, I bet, I failed.

p/s: will come out with more entries :)


Sunday, February 5, 2012

"Pulau Pinang, Buddy dan Camera"


Buddy: Amie, aku amik MC arinie, mai la Penang, aku bawak ang p ronda-ronda. lama kot tak jumpak, rindu kat ang.

Aku: Weyh, ang sakit apa, sampai MC bagai?? Dah ang MC ang gedik nak ajak aku p ronda pasai pa??

Buddy: Lah, ang ni macam x kenai aku, cepat la mai, aku tunggu kat Komtar.

Aku: Ok2, gimme 1 hour.


Itu mesej ringkas dengan buddy aku, serius lama tak jumpa. Dulu kami 'gay' bersama. Maksud aku we both very close since umur 5 tahun. So, malas nak pikir panjang, siap-siap, start moto dan meluncurlah aku ke Pulau Pinang. Sebuah negeri yang aku cinta. Banyak kenangan hidup! plus nak melawat kawan aku masuk hospital.Denggi. Lepas dah jumpa buddy aku tu, cium pipi kiri,cium pipi kanan, berdrama korea sekejap sebab lama tak jumpak, dia dah ready dengan plan dia untuk kami hari ni.Tak kisah beb, asalkan ang belanja aku makan dengan karaoke. Lepas dah settle uruskan MC dia, melawat kawan sakit tu,straight away pergi Bukit Jambul. My favourite part, makan. Perut pun dah sedap, hati pun dah senang, gossip dan sesi luahan hati dah habis, karaoke time. Yes, Kristal, Ziana Zain, Celine Deon, Phyne Ballerz, ... semua dah melalak. Settle. Bukit Jambul Mall, next.


Habis dah mukaddimah. Masuk ke story line, lepas dapat 2 flyer Sale Camera, aku memang teringin campur bernafsu sangat nak ada camera. kalau ikut hati memang aku nak Nikon D3100 tapi ikut hati je tak cukup kalau fulus tak de. Damn!! So, digital camera pon dah good enough. So, ni antara camera yang aku mampu dan akan beli dalam masa yang terdekat ni.
Aku perlukan camera ni bcoz semester yang akan datang ni rancang nak travel lebih sikit. Aku memang suka tengok gambar-gambar, and refresh kenangan lepas aku dengan menatap dan meratap gambar-gambar yang aku simpan. Plus mood nak fokus kat blog pun dah ada, so lepas ni gambar tak de la asyik kopi cat je. Sampai bila nak mengGoogle je??



Berbalik cerita dengan buddy aku tadi, Lepas selesai membuang masa dekat BJ mall, Queen Bay pulak. Window shopping! Padang Kota Lama, next. Ramai giler orang, cuci mata. Lepas dapat message kawan yang masuk hospital tadi boleh balik, pergi settle kan urusan keluar dia. Then, aku straight away balik, terasa pula mengidam balik ikut ferri. Buang masa lagi tunggu ferri. Pukul 12.30 pagi sampai rumah. Letih tak hengat. :)

Thursday, February 2, 2012

'Breakfast' Penting untuk Mereka yang Berdiet!!

Hari ini aku nak berkongsi satu hikayat.. am I right with that word?? haha.. belasah je la...
May be, benda ni dah common untuk korang tapi tidak untuk aku.. teringat 4 5 6 hari lepas, aku telah curi-curi sunat membaca artikel dalam sebuah majalah dekat kedai buku tanpa membelinya.hehehe.
So, aku tak nak la elaborate dan explain pasal benda nie dalam istilah saintifik ke hape ke, I just try to make it as simple as possible :)

Dulu aku fikir bila berdiet I must minimize my daily foods intake.
Kadang-kadang I skip my breakfast, and kesannya bila dah petang sikit mulalah lapar tahap gaban..
dan aku akan makan benda yang heavy kalorinya..
So, basically say, diet aku tu tak betul and tak membantu langsung sebab aku terfikir diet tu tak yah makan kalau boleh untuk sehari.. hahaha... sangat kesian dengan pemikiran aku tu...



Okayh, berbalik pasal artikel tu. breakfast tu sebenarnya sangat membantu dalam diet kita..dengan mengambil breakfast ia akan membantu pengambillan makanan untuk waktu tengahari, petang dan malam..
Why?? macam aku cite kat atas tadi, dengan skip breakfast kita akan rasa tak bertenaga dan lapar bila waktu tengahari, petang dan malam.Ini menyebabkan kita ambil makanan yang lebih berat pada waktu tengahari, petang dan malam..
Breakfast akan membekalkan tenaga. So, waktu petang kita boleh ambil something yang ringan. Contohnya roti ataupun biskut.
Breakfast tu pun kena tengok jugak, ambillah breakfast yang berkhasiat, yang boleh membekalkan tenaga.. try la avoid makan nasik lemak tiap-tiap hari.. aku nak suggest aku pon tak taw ape yang the best..
So, from now onward, mesti breakfat okayh.
Chill :) 

Saturday, January 14, 2012

Juadah untuk Cuti Semester

Well, just to announce to the world that semester break already begins :)
Lepas 5 paper final exam sem nieyh, maka saat dan ketika yang ditunggu-tunggu pun tibalah, more or less a 2-month break. Yeahhh.
So, basically straight away to my story peeps. Bagi mengelakkan cuti sem aku berlalu macam tu je, aku dah sediakan sikit 'juadah' untuk santapan aku masa cuti nie bagi mengelakkan masa cuti nie hanya dipenuhi dengan on9(fb, YT and etc.), terlebih tdo, terlebih makan.
Semalam, aku telah membawa diri ke POPULAR book store, dua buah buku kat bawah nie sangat menarik minat aku. I grabbed them away.


Book's title: 7 Formulas of Excellent Indiviuals
by Dr. Danial Zainal Abidin
translated by: Ashadi Zain

"Secrets of success and excellence in distinct individuals of all time"

RM45.90


Book's title: Inspirasi Cinta Terhebat
by Burhan Sodiq

" Cinta terindah buat yang mencari cinta & mencintai Allah"

"orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaanya kepada Alllah"
(surah AlBaqarah:165)

RM39.90

Selamat bercuti pada yang dah mula sem break, pada yang masih exam, give ur best :)

Isikan masa cuti ni dengan cara yang terbaik.


Sunday, January 1, 2012

Diari 2011- "The Year of Thousand Lessons"

Assalamualaikum,
Adik-adik, Abang dan Kakak, Hangpa semua okayh kah??
Ha, xberapa nak ok??
Come on guys, chill lah, we are now in 2012 already..
So, I bet mesti ramai yang tengah fresh dengan azam baru yang gempak tak terkata.
Cita-cita yang tinggi daripada Gunung Jerai. Ha, kenapa mesti gunung Jerai??
Well, suka hati lah..hikhikhik(gelak setan)..
Terlalu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan di dalam sebuah kamus yang di panggil diari kehidupan,
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
itu fitrahnya alam.
Dah bermadah pujangga pulak, kalau dibiarkan lagi mahu sampai abih post ni duk berfalsampah bagai.
Well, that's enough for mukaddimah.

So, hari ni hari pertama 2012, aku mulakan post pertama aku untuk tahun ni dengan membuat sedikit summary untuk 2011. Aku bukan nak buat summary untuk dunia politaik Malaysia ke, Ekonomi dunia ye ke, Dunia hibaran dan lain-lainnya BUT it just a simple summary of my 2011 life. Clear??
Well, the best words to describe 2011 for me is so called "2011 THE YEAR OF THOUSAND LESSONS".
Hahh kenapa cam tu pulak.
nak habaq mai kat hangpa (walaupun hangpa tak mau dengaq),
There were so many things happened, konflik,ketelanjuran(perghhh), kekhilafan dan yang sama erti dengannya. Macam mane boleh jadi macam tu??
Well, bagi aku itu hanya satu proses normal dalam sebuah fasa kehidupan.
Tahun 2011 menyaksikan bayak sejarah tercatat dalam hidup aku,
daripada kes lari dari rumah, accident, financial crisis yang teruk, konflik naluri dan chenta (euuuwwww).
All above all, semua yang terjadi tuh datang daripada kesilpan diri aku sendiri.
Yang paling penting sekali, tahun 2011 adalah tahun yang banyak bagi pengajaran tentang hidup dan satu proses mematangkan pemikiran. InsyaALLAH.
So, omputih kata "let bygone be bygone"
metoi kah???
betui la kot kan, cuma tak payah nak bygone sangat lahh.. benda-benda yang lepas tu jadikan pengajaran so that next year, summary untuk 2012 akan jadi lebih menarik.
Boleh aku buat entry cite memacam. Tak de lah macam summary ni, nak cite pon x semangat.
Tahun 2012 pun dah menjelma, tamau sedey2 lagi.. walaupun aku tak tulih berjela-jela panjang azam baru untuk tahun ni.. cukuplah sekadar dpinggiran.. eh3, ke situ plok.. Cukuplah sekadar azam untuk menjadi yang terbaik dari hari ke hari.
Hehehe, baidewei, banyak juge benda yang aku nak capai dalam tahun ni..
InsyaALLAH, aku akan mengisytiharkan(hambaihh dye) azam-azam itu dalam entry-entry yang akan datang.

Well guys, itulah summary aku, yang x berapa nak summary sangat tuh..(Kalau SPM fail)
Apa-apa pun, aku doakan korang semua sukses dalam ape je azam yang korang pasang untuk tahun 2012 ni.
Longevity and prosperity.


"Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan."