Wednesday, April 4, 2012

Tribute dari Air Mata

Bangun je dari tidur petang hari nie, hati ni serba tak kena.. Tak ade apa yang menguasai segenap jiwa dan sanubari selain ingatan dan perasaan rindu terhadap satu-satunya wanita yang boleh mengalirkan air mata ni tanpa henti. Sumpah, rasa rindu yang teramat sangat! Bila melihat jasad yang sudah bersia 22 tahun ini, terasa longlai, aku masih terlalu tidak bersedia untuk hidup tanpa wanita itu!
Bukan dari jenis aku untuk sering melafazkan kata sayang, kata rindu kepada wanita itu. Sombongkah aku?
Semangat aku untuk terus melangkah kerana aku bernafas dan setiap denyutan nadi aku, rasa rindu dan cinta itu sentiasa hidup.
Terkadang diri ini leka, tanggungjawab pada wanita itu sering aku abaikan, aku semakin meningkat dewasa tapi mungkin aku lupa dia juga semakin di senja usia, Wanita itu tidak menzahirakan betapa dia dahagakan kasih sayang anak-anak, terutamanya aku! Perlukan lebih masa untuk berkongsi cerita-cerita indah dia membesarkan aku. Di mana aku sekarang??
Dia kuburkan segala keinginan, kebahagiaan dia untuk melihat aku hidup selesa! Agar aku mampu bergelak-tawa macam anak-anak yang lain.
Mak, mungkin mak tidak akan pernah baca semua ni, 
Pada saat air mata ni tidak berhenti mengalir, anakmu ini sangat menghargai segala pengorbanan yang telah engkau lakukan, andai diredah seluruh dunia, Mak tiada galang gantinya.
Minta Maaf mak sebab tak dapat jadi anak yang baik!

Malam ni mood aku memang nak 'tacing' sangat-sangat. Teringat dekat Mak. I believe same goes to her.

Dengar je lagu Warisan, Jasa Bonda ni dari zaman sekolah rendah sampai sekarang.. mesti lari sembunyi menangis!


Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda