About Me



Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda yang sedang membaca di page ‘About Me’ ini.


Blog fahmiefiras.blogspot.com ini dimiliki oleh Fahmie bin Mohamed a.k.a Fahmie Firas, iaitu diri saya sendiri. Pada 18 September 2014, umur saya telah pun mencecah kurang lebih 24 tahun 8 bulan. Silalah membuat pengiraan Matematik untuk mengetahui umur saya pada ketika anda sedang membaca page ini. Berasal dari Pantai Remis, Perak dan merupakan anak ke 7 daripada 7 orang adik beradik. Ya, bongsu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan (Perbankan Islam), UiTM. InsyaAllah bercita-cita untuk menjadi seorang Usahawan dan Blogger yang berjaya di dunia dan di akhirat (Ya Allah, permudahkanlah urusanku, amen).


Blog picisan ini adalah satu medium untuk saya berkongsi, pendapat, pengalaman, dan pengetahuan kepada mereka yang membaca. Supaya bermanfaat. Bermula pada 19/09/2014, blog ini akan dikemaskini/’update’ mengikut tema yang berbeza untuk setiap hari seperti yang telah dirancang. 



Sekurang-kurangnya satu entri mesti mematuhi tema, dan entry berikutnya untuk hari yang sama adalah bebas.


Saya sangat mengalu- alukan sebarang teguran, nasihat, idea, dan kritikan membina daripada pembaca. Anda boleh berbuat demikian diruangan komen pada entry blog atau menghantar email ke fahmiemohamed90@yahoo.com . Anda boleh ‘like’ page FB saya, Fahmie Firas Facebook Blog Page untuk membaca entry terkini di blog.

Terima kasih atas segala sokongan.