Friday, December 14, 2012

Memori

It's Friday. Pagi ni I supposed to have my investment talks. Aku duduk dalam dewan tak sampai satu jam and keluar. Start enjin motor and g kafe kat bangunan kolej. Tempat yang aku pernah tinggal, permulaan kehancuran yang aku ciptakan. Menapak je kaki aku dekat kawasan kolej, semua memori 4 semester lepas bermain dalam fikiran aku. Tak tahu aku nak gambarkan betapa telah aku sia-siakan peluang dan perjalanan yang sepatutnya menjadi indah dalam hidup aku. Tak mungkin masa tu dapat dikembalikan. Aku pergi lepak dekat surau Malinja,baring. Ada seorang student mauk solat duha, i guess. Warak muka dia. Solatnya tak tergopoh gapah. Disusuli dengan bacaan quran. Aku dulu? Surau jarang-jarang bertamu. Ni lah hasilnya sekarang. Dalam jiwa aku sekarang ni penuh dengan kekesalan je. Aku pun tak tahu nak bangkit daripada kejatuhan ni macam mana. Even now, apa yang sangat mengecewakan  diri aku sendiri, aku memang tak pernah nak ubah diri aku. 

Tuesday, December 11, 2012

Apa Dah Jadi Dengan Hidup

Tak tahulah apa lagi yang masih tersisa pada diri ni. Perasaan putus asa saban hari mengelilingi ruang hidup aku ni. Aku rasa hidup aku i macam dah musnah. Semua hasil kesilapan aku pada masa lalu. Aku tak tahu dah mecam mana nak bangkit daripada perasaaan ni. Letih bermain dengan perasaan ni. cuma yang terasa hidup ni dah musnah. hari-hari yang aku lalui memang terasa suram. tengok kehidupan orang lain, aku rasa aku pun berhak hidup macam tu. satu demi satu kesilapan dan keputusan yang aku buat dalam kehidupan tu. Salah aku semua ni terjadi. tiap-taiap hari, tiap-tiap masa aku berharap diberikan peluang untuk memulakan segala-galanya. Especially my study. aku rasa semuanya dh musnah. Aku rasa tertekan. Aku cuba bangkit, aku jatuh dan jatuh. Kadang-kadang aku buntu. kenapa sampai sejauh dan seteruk ini kehidupan aku pada saat ni.

Tuesday, November 27, 2012

LUAHAN

Kesilapan dan dosa-dosa yang lepas betul-betul 'menghantui' segenap ruang dalam hidup aku. Dosa pada tanggungjawab dan tujuan hidup, dosa kepada ibu yang terlalu banyak berkorban. Apa yang aku lalui sekarang ini adalah hasil kesilapan lepas, mungkin perkataan yang paling tepat adalah BALASAN. Setiap kali hati ni terasa lemah, tubuh terasa longlai, rasa menyesal menyerang emosi, aku cuba bangkit memotivasi diri. ALLAH menguji. Sama ada mahu bangkit memperbaiki diri, atau terus hanyut dan lemas dengan duniawi. Semua itu pada pilihan sendiri.

Namun, hari silih berganti, ada juga kesilapan sama, aku ulang lagi. Usahaku tak akan berhenti, walau pun sebenarnya sering terhenti, kalalaian sama menjadi pilihan hati. Belum pasti tua menanti, takut bila nafas terhenti, hanya kelalaian dan dosa bersarang di hati. Ada hari-hari menanti di hadapan, apa yang ada di dalam hati sekarang ini, semoga Allah menjadi priority, InsyaALLAH hidup akan terpandu sepanjang hari.
Takut, takut, takut terbabas lagi!

Paling aku takuti, bila susah, bila derita ALLAH meniti dibibir, sumpah tak mahu berpaling dariNYA, bila sedikit senang menyinggah bertandang, kembalilah kepada dosa dan kelalaian yang lama. NAUZUBILLAH!
Bimbinglah hati yang sangat berdosa ini!




Wednesday, April 4, 2012

Tribute dari Air Mata

Bangun je dari tidur petang hari nie, hati ni serba tak kena.. Tak ade apa yang menguasai segenap jiwa dan sanubari selain ingatan dan perasaan rindu terhadap satu-satunya wanita yang boleh mengalirkan air mata ni tanpa henti. Sumpah, rasa rindu yang teramat sangat! Bila melihat jasad yang sudah bersia 22 tahun ini, terasa longlai, aku masih terlalu tidak bersedia untuk hidup tanpa wanita itu!
Bukan dari jenis aku untuk sering melafazkan kata sayang, kata rindu kepada wanita itu. Sombongkah aku?
Semangat aku untuk terus melangkah kerana aku bernafas dan setiap denyutan nadi aku, rasa rindu dan cinta itu sentiasa hidup.
Terkadang diri ini leka, tanggungjawab pada wanita itu sering aku abaikan, aku semakin meningkat dewasa tapi mungkin aku lupa dia juga semakin di senja usia, Wanita itu tidak menzahirakan betapa dia dahagakan kasih sayang anak-anak, terutamanya aku! Perlukan lebih masa untuk berkongsi cerita-cerita indah dia membesarkan aku. Di mana aku sekarang??
Dia kuburkan segala keinginan, kebahagiaan dia untuk melihat aku hidup selesa! Agar aku mampu bergelak-tawa macam anak-anak yang lain.
Mak, mungkin mak tidak akan pernah baca semua ni, 
Pada saat air mata ni tidak berhenti mengalir, anakmu ini sangat menghargai segala pengorbanan yang telah engkau lakukan, andai diredah seluruh dunia, Mak tiada galang gantinya.
Minta Maaf mak sebab tak dapat jadi anak yang baik!

Malam ni mood aku memang nak 'tacing' sangat-sangat. Teringat dekat Mak. I believe same goes to her.

Dengar je lagu Warisan, Jasa Bonda ni dari zaman sekolah rendah sampai sekarang.. mesti lari sembunyi menangis!


Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda



Thursday, March 8, 2012

This is a bad tittle but a new beginning.

Kalau jentik-jentik dah jadi nyamuk pun, kalau rumah dah bersawang, kalau kahwin dah beranak pinak dah dan kalau budak-budak dah jadi abang-abang yang berjanggut atas bawah dah. Hiperbola sangat! macam tu lah blog aku ni, dah tinggal lame sangat dah. Takpe lah kan, at least, I already here, to start all over again. Hopefully. Teringat pulak, ni minggu pertama  aku untuk semester 4, untuk satu subjek ni biasalah first class meeting, lecturer akan buat sesi perkenalkan diri. Tapi lecturer ni dia tanya cita-cita setiap orang. Dah macam budak darjah satu pulak. Tapi betullah, pada usia yang kian senja ni (sastera sangat), memang dah kena ade cita-cita yang jelas dalam hidupkan?

"I dont want to be a banker, I am a businessman in Men Fashions and Fitness Industry in future"

Kurang lebih tu lah jawapan aku. Im doing degree in Islamic Banking. A course which said has a bright future. Unfortunately, I dont think, Im really into it. Future banker?? I dont think so. I like and precisely love business.Well, we can't expect much and become too demanding when it comes to jobs matter. I pray for the best. InsyaALLAH.



Seriously, tahun ni memang merisaukan fikiran dan jiwa aku, when I realized that I'm already 22. Rase owhh shit, what's the hell am I doing on this earth?? tak nampak lagi jalan, perancangan, perubahan sikap, kematangan. Aduh, I feel really bad! too much mistakes in the past. Tu lah orang kata, kesilapan dan pengalaman lampau tu sepatutnya manjadikan kita lebih matang dang kuat untuk hidup.

Well, all above all, at least I realize it now. It's time to change and improve.
Seriously, tak tahu macam mana nak mula menulis semula.
Kalau karangan ni hantar kat cikgu sekolah, I bet, I failed.

p/s: will come out with more entries :)


Sunday, February 5, 2012

"Pulau Pinang, Buddy dan Camera"


Buddy: Amie, aku amik MC arinie, mai la Penang, aku bawak ang p ronda-ronda. lama kot tak jumpak, rindu kat ang.

Aku: Weyh, ang sakit apa, sampai MC bagai?? Dah ang MC ang gedik nak ajak aku p ronda pasai pa??

Buddy: Lah, ang ni macam x kenai aku, cepat la mai, aku tunggu kat Komtar.

Aku: Ok2, gimme 1 hour.


Itu mesej ringkas dengan buddy aku, serius lama tak jumpa. Dulu kami 'gay' bersama. Maksud aku we both very close since umur 5 tahun. So, malas nak pikir panjang, siap-siap, start moto dan meluncurlah aku ke Pulau Pinang. Sebuah negeri yang aku cinta. Banyak kenangan hidup! plus nak melawat kawan aku masuk hospital.Denggi. Lepas dah jumpa buddy aku tu, cium pipi kiri,cium pipi kanan, berdrama korea sekejap sebab lama tak jumpak, dia dah ready dengan plan dia untuk kami hari ni.Tak kisah beb, asalkan ang belanja aku makan dengan karaoke. Lepas dah settle uruskan MC dia, melawat kawan sakit tu,straight away pergi Bukit Jambul. My favourite part, makan. Perut pun dah sedap, hati pun dah senang, gossip dan sesi luahan hati dah habis, karaoke time. Yes, Kristal, Ziana Zain, Celine Deon, Phyne Ballerz, ... semua dah melalak. Settle. Bukit Jambul Mall, next.


Habis dah mukaddimah. Masuk ke story line, lepas dapat 2 flyer Sale Camera, aku memang teringin campur bernafsu sangat nak ada camera. kalau ikut hati memang aku nak Nikon D3100 tapi ikut hati je tak cukup kalau fulus tak de. Damn!! So, digital camera pon dah good enough. So, ni antara camera yang aku mampu dan akan beli dalam masa yang terdekat ni.
Aku perlukan camera ni bcoz semester yang akan datang ni rancang nak travel lebih sikit. Aku memang suka tengok gambar-gambar, and refresh kenangan lepas aku dengan menatap dan meratap gambar-gambar yang aku simpan. Plus mood nak fokus kat blog pun dah ada, so lepas ni gambar tak de la asyik kopi cat je. Sampai bila nak mengGoogle je??



Berbalik cerita dengan buddy aku tadi, Lepas selesai membuang masa dekat BJ mall, Queen Bay pulak. Window shopping! Padang Kota Lama, next. Ramai giler orang, cuci mata. Lepas dapat message kawan yang masuk hospital tadi boleh balik, pergi settle kan urusan keluar dia. Then, aku straight away balik, terasa pula mengidam balik ikut ferri. Buang masa lagi tunggu ferri. Pukul 12.30 pagi sampai rumah. Letih tak hengat. :)

Thursday, February 2, 2012

'Breakfast' Penting untuk Mereka yang Berdiet!!

Hari ini aku nak berkongsi satu hikayat.. am I right with that word?? haha.. belasah je la...
May be, benda ni dah common untuk korang tapi tidak untuk aku.. teringat 4 5 6 hari lepas, aku telah curi-curi sunat membaca artikel dalam sebuah majalah dekat kedai buku tanpa membelinya.hehehe.
So, aku tak nak la elaborate dan explain pasal benda nie dalam istilah saintifik ke hape ke, I just try to make it as simple as possible :)

Dulu aku fikir bila berdiet I must minimize my daily foods intake.
Kadang-kadang I skip my breakfast, and kesannya bila dah petang sikit mulalah lapar tahap gaban..
dan aku akan makan benda yang heavy kalorinya..
So, basically say, diet aku tu tak betul and tak membantu langsung sebab aku terfikir diet tu tak yah makan kalau boleh untuk sehari.. hahaha... sangat kesian dengan pemikiran aku tu...



Okayh, berbalik pasal artikel tu. breakfast tu sebenarnya sangat membantu dalam diet kita..dengan mengambil breakfast ia akan membantu pengambillan makanan untuk waktu tengahari, petang dan malam..
Why?? macam aku cite kat atas tadi, dengan skip breakfast kita akan rasa tak bertenaga dan lapar bila waktu tengahari, petang dan malam.Ini menyebabkan kita ambil makanan yang lebih berat pada waktu tengahari, petang dan malam..
Breakfast akan membekalkan tenaga. So, waktu petang kita boleh ambil something yang ringan. Contohnya roti ataupun biskut.
Breakfast tu pun kena tengok jugak, ambillah breakfast yang berkhasiat, yang boleh membekalkan tenaga.. try la avoid makan nasik lemak tiap-tiap hari.. aku nak suggest aku pon tak taw ape yang the best..
So, from now onward, mesti breakfat okayh.
Chill :) 

Saturday, January 14, 2012

Juadah untuk Cuti Semester

Well, just to announce to the world that semester break already begins :)
Lepas 5 paper final exam sem nieyh, maka saat dan ketika yang ditunggu-tunggu pun tibalah, more or less a 2-month break. Yeahhh.
So, basically straight away to my story peeps. Bagi mengelakkan cuti sem aku berlalu macam tu je, aku dah sediakan sikit 'juadah' untuk santapan aku masa cuti nie bagi mengelakkan masa cuti nie hanya dipenuhi dengan on9(fb, YT and etc.), terlebih tdo, terlebih makan.
Semalam, aku telah membawa diri ke POPULAR book store, dua buah buku kat bawah nie sangat menarik minat aku. I grabbed them away.


Book's title: 7 Formulas of Excellent Indiviuals
by Dr. Danial Zainal Abidin
translated by: Ashadi Zain

"Secrets of success and excellence in distinct individuals of all time"

RM45.90


Book's title: Inspirasi Cinta Terhebat
by Burhan Sodiq

" Cinta terindah buat yang mencari cinta & mencintai Allah"

"orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaanya kepada Alllah"
(surah AlBaqarah:165)

RM39.90

Selamat bercuti pada yang dah mula sem break, pada yang masih exam, give ur best :)

Isikan masa cuti ni dengan cara yang terbaik.


Sunday, January 1, 2012

Diari 2011- "The Year of Thousand Lessons"

Assalamualaikum,
Adik-adik, Abang dan Kakak, Hangpa semua okayh kah??
Ha, xberapa nak ok??
Come on guys, chill lah, we are now in 2012 already..
So, I bet mesti ramai yang tengah fresh dengan azam baru yang gempak tak terkata.
Cita-cita yang tinggi daripada Gunung Jerai. Ha, kenapa mesti gunung Jerai??
Well, suka hati lah..hikhikhik(gelak setan)..
Terlalu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan di dalam sebuah kamus yang di panggil diari kehidupan,
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
itu fitrahnya alam.
Dah bermadah pujangga pulak, kalau dibiarkan lagi mahu sampai abih post ni duk berfalsampah bagai.
Well, that's enough for mukaddimah.

So, hari ni hari pertama 2012, aku mulakan post pertama aku untuk tahun ni dengan membuat sedikit summary untuk 2011. Aku bukan nak buat summary untuk dunia politaik Malaysia ke, Ekonomi dunia ye ke, Dunia hibaran dan lain-lainnya BUT it just a simple summary of my 2011 life. Clear??
Well, the best words to describe 2011 for me is so called "2011 THE YEAR OF THOUSAND LESSONS".
Hahh kenapa cam tu pulak.
nak habaq mai kat hangpa (walaupun hangpa tak mau dengaq),
There were so many things happened, konflik,ketelanjuran(perghhh), kekhilafan dan yang sama erti dengannya. Macam mane boleh jadi macam tu??
Well, bagi aku itu hanya satu proses normal dalam sebuah fasa kehidupan.
Tahun 2011 menyaksikan bayak sejarah tercatat dalam hidup aku,
daripada kes lari dari rumah, accident, financial crisis yang teruk, konflik naluri dan chenta (euuuwwww).
All above all, semua yang terjadi tuh datang daripada kesilpan diri aku sendiri.
Yang paling penting sekali, tahun 2011 adalah tahun yang banyak bagi pengajaran tentang hidup dan satu proses mematangkan pemikiran. InsyaALLAH.
So, omputih kata "let bygone be bygone"
metoi kah???
betui la kot kan, cuma tak payah nak bygone sangat lahh.. benda-benda yang lepas tu jadikan pengajaran so that next year, summary untuk 2012 akan jadi lebih menarik.
Boleh aku buat entry cite memacam. Tak de lah macam summary ni, nak cite pon x semangat.
Tahun 2012 pun dah menjelma, tamau sedey2 lagi.. walaupun aku tak tulih berjela-jela panjang azam baru untuk tahun ni.. cukuplah sekadar dpinggiran.. eh3, ke situ plok.. Cukuplah sekadar azam untuk menjadi yang terbaik dari hari ke hari.
Hehehe, baidewei, banyak juge benda yang aku nak capai dalam tahun ni..
InsyaALLAH, aku akan mengisytiharkan(hambaihh dye) azam-azam itu dalam entry-entry yang akan datang.

Well guys, itulah summary aku, yang x berapa nak summary sangat tuh..(Kalau SPM fail)
Apa-apa pun, aku doakan korang semua sukses dalam ape je azam yang korang pasang untuk tahun 2012 ni.
Longevity and prosperity.


"Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan."