Friday, February 8, 2013

Friday

Assalamualaikum w.b.t :)
It's Friday again. Pada yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Selamat bercuti dan semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan hari Jumaat ni. Pada yang menetap di negeri-negeri lain, selamat bercuti esok. Mungkin ada yang dapat cuti panjang untuk CNY. Meriah, meriah! Isilah masa cuti dengan perkara yang bermanfaat.

Well, worries surrounded my mind now as the Gym that I used to go will be closed for a week. You just imagine how much fats yang akan singgah kat dalam perut ni for one week. Lemak yang dikumpul untuk seminggu  memerlukan lebih 2 minggu untuk dibakar. So, Im not crystal clear yet, apa yang patut saya  buat within this 7 days so that I keep on maintaining my fitness, weight, and my diet. Hopefully Allah will show me the ways.

So, as today is a Friday, I just wanna do my part to spread out may be a little beneficial reminder. I found it on a page of a book, I wrote it long time ago.Pada ketika saya sedang diuji dengan sesuatu yang berat dalam kehidupan ni. Semoga beroleh manfaat.

Nasihat Imam Ali r.a,


"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan,
 janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, 
janganlah berduka dengan bencana,
 janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api.
 Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. 
Sesunguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan.
 Engkau tidak akan mencapai semua cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. Kerahkan kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan"


P/S: Pada kaum Adam, selamat menunaikan Solat Jumaat. Sama-sama kita ke masjid awal dengan pakaian yang bersih,beriktikaf di dalam masjid, banyakkan berzikir, dengar Khutbah dengan baik. Semoga dapat ganjaran dan redha Allah pada hari ni :)