Tuesday, November 27, 2012

LUAHAN

Kesilapan dan dosa-dosa yang lepas betul-betul 'menghantui' segenap ruang dalam hidup aku. Dosa pada tanggungjawab dan tujuan hidup, dosa kepada ibu yang terlalu banyak berkorban. Apa yang aku lalui sekarang ini adalah hasil kesilapan lepas, mungkin perkataan yang paling tepat adalah BALASAN. Setiap kali hati ni terasa lemah, tubuh terasa longlai, rasa menyesal menyerang emosi, aku cuba bangkit memotivasi diri. ALLAH menguji. Sama ada mahu bangkit memperbaiki diri, atau terus hanyut dan lemas dengan duniawi. Semua itu pada pilihan sendiri.

Namun, hari silih berganti, ada juga kesilapan sama, aku ulang lagi. Usahaku tak akan berhenti, walau pun sebenarnya sering terhenti, kalalaian sama menjadi pilihan hati. Belum pasti tua menanti, takut bila nafas terhenti, hanya kelalaian dan dosa bersarang di hati. Ada hari-hari menanti di hadapan, apa yang ada di dalam hati sekarang ini, semoga Allah menjadi priority, InsyaALLAH hidup akan terpandu sepanjang hari.
Takut, takut, takut terbabas lagi!

Paling aku takuti, bila susah, bila derita ALLAH meniti dibibir, sumpah tak mahu berpaling dariNYA, bila sedikit senang menyinggah bertandang, kembalilah kepada dosa dan kelalaian yang lama. NAUZUBILLAH!
Bimbinglah hati yang sangat berdosa ini!




1 comment:

Shera Ismail said...

Semoga kita menjadi hamba Allah yang baik...amin...dan ingt DIA sentiasa bersama kita...=)