Sunday, February 5, 2012

"Pulau Pinang, Buddy dan Camera"


Buddy: Amie, aku amik MC arinie, mai la Penang, aku bawak ang p ronda-ronda. lama kot tak jumpak, rindu kat ang.

Aku: Weyh, ang sakit apa, sampai MC bagai?? Dah ang MC ang gedik nak ajak aku p ronda pasai pa??

Buddy: Lah, ang ni macam x kenai aku, cepat la mai, aku tunggu kat Komtar.

Aku: Ok2, gimme 1 hour.


Itu mesej ringkas dengan buddy aku, serius lama tak jumpa. Dulu kami 'gay' bersama. Maksud aku we both very close since umur 5 tahun. So, malas nak pikir panjang, siap-siap, start moto dan meluncurlah aku ke Pulau Pinang. Sebuah negeri yang aku cinta. Banyak kenangan hidup! plus nak melawat kawan aku masuk hospital.Denggi. Lepas dah jumpa buddy aku tu, cium pipi kiri,cium pipi kanan, berdrama korea sekejap sebab lama tak jumpak, dia dah ready dengan plan dia untuk kami hari ni.Tak kisah beb, asalkan ang belanja aku makan dengan karaoke. Lepas dah settle uruskan MC dia, melawat kawan sakit tu,straight away pergi Bukit Jambul. My favourite part, makan. Perut pun dah sedap, hati pun dah senang, gossip dan sesi luahan hati dah habis, karaoke time. Yes, Kristal, Ziana Zain, Celine Deon, Phyne Ballerz, ... semua dah melalak. Settle. Bukit Jambul Mall, next.


Habis dah mukaddimah. Masuk ke story line, lepas dapat 2 flyer Sale Camera, aku memang teringin campur bernafsu sangat nak ada camera. kalau ikut hati memang aku nak Nikon D3100 tapi ikut hati je tak cukup kalau fulus tak de. Damn!! So, digital camera pon dah good enough. So, ni antara camera yang aku mampu dan akan beli dalam masa yang terdekat ni.
Aku perlukan camera ni bcoz semester yang akan datang ni rancang nak travel lebih sikit. Aku memang suka tengok gambar-gambar, and refresh kenangan lepas aku dengan menatap dan meratap gambar-gambar yang aku simpan. Plus mood nak fokus kat blog pun dah ada, so lepas ni gambar tak de la asyik kopi cat je. Sampai bila nak mengGoogle je??



Berbalik cerita dengan buddy aku tadi, Lepas selesai membuang masa dekat BJ mall, Queen Bay pulak. Window shopping! Padang Kota Lama, next. Ramai giler orang, cuci mata. Lepas dapat message kawan yang masuk hospital tadi boleh balik, pergi settle kan urusan keluar dia. Then, aku straight away balik, terasa pula mengidam balik ikut ferri. Buang masa lagi tunggu ferri. Pukul 12.30 pagi sampai rumah. Letih tak hengat. :)

1 comment:

YaYaNsMuM said...

Aduh...teringat pulak Pasemboq kat Padang Kota tuh..ish2!mmg superb!