Friday, September 19, 2014

Rindu Pada Ahmad Ammar



“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika DIA telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun.” –Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang Hidup

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Syukur pada Allah, masih lagi bernafas di muka bumiNYA, semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan keampunanNYA. Hari ni aku nak berkongsi seuatu yang sangat indah dan semoga bermanfaat buat kalian. Pada awal bulan Mac, kalau tidak silap, aku tercari-cari buku berkenaan Allahyarham Ahmad Ammar selepas terbaca di internet tentang kisah syahid beliau di bumi Turki. Aku sangat-sangat berharap dapat memilikinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan hajat tu. How to describe the book? As for me, aku akan simpan buku ni sebagai koleksi yang sangat aku sayang. The contents really help me to think and realize a lot of things, I haven’t aware of before.

Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang Hidup Legasi 1993-2013, Tokoh Maulidur Rasul 2014 Peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan.


“Satu Kematian yang Hidup”. Ya pemergian Ahmad Ammar bertemu Sang Pencipta merupakan satu kematian yang hidup. Ammar 3 tahun lebih muda pada aku pada angka, tapi pemikiran dan kematangan Allahyarham, Subhanallah. Bagai langit dengan bumi. Malu sungguh aku. Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di perkuburan Eyub Sultan menghadapLaut Golden Horn. Tanah perkuburan ni menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar sehingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Aku akan buat nota untuk setiap pernigatan-peringatan indah yang dijumpai dalam buku ni.


Kisah syahid Ammar menjadi viral bukan sahaja di Malaysia tetapi telah menjangkau ke banyak Negara yang ingin mengtahui lebih lanjut tentang beliau. Beliau merupakan pelajar cemerlang yang mempunyai intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang “syahid yang tertangguh”. Pemikiran dan penglibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun, beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria.

Walaupun tidak mengenali Ahmad Ammar, jauh sekali pernah berkomunikasi dan berjumpa dengan Allahyarham, serius aku rasa rindu untuk mengenali Allahyarham. Semoga kisah Ammar menjadi pencetus semangat untuk aku menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat. Thank YOU ALLAH, sebab izinkan aku memiliki buku ni.

Anda boleh pinjam pada kawan-kawan dan cubalah baca. Yang berada di Pulau Pinang, dan terlepas peluang untuk membeli, saya berbesar hati untuk meminjamkan buku ini. InsyaALLAH bermanfaat, especially for teenagers.

“Jika engkau mahukan teman, Cukuplah ALLAH sebagai teman,
Jika engkau Mahukan musuh cukuplah Nsfsu sebagai seteru,
Jika engkau mahukan hiburan, Cukuplah Al-Quran sebagai bacaan,
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.” –Ahmad Ammar

Melalui buku ini telah menemukan aku dengan buku yang mengagumkan dan memberi inspirasi, Badiuzzaman Said Nursi, Pejuang dan Pemikir Islam Turki.



P/S: Bermula pada19/09/2014, penulisan di Blog ini adalah mengikut Tema. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh Klik link ini (Kenali Saya dan Blog)




6 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Salam. Buku ini best sangat. Saya telah like page anda dan add anda sebagai follower.

Unknown said...

Bagusnya buku ni..pandai' yg berjiwa besar arwah Ahmad Ammar ni..semoga Allah mencucuri rahmatNya

Unknown said...

Bagusnya buku ni..pandai' yg berjiwa besar arwah Ahmad Ammar ni..semoga Allah mencucuri rahmatNya

didikilmu said...

Post yg sangat menarik...kekuatan dan kelemahan datangnya dari diri sendiri..dari pembacaan yang berbentuk motivasi boleh meningkatkan keyakinan diri. :)

mama iman said...

Nak cari gak la buku ni
♡♡♡

ilot said...

al-fatihah...
semoga Allah tempatkannya di Syurga kelak...amin

http://ilotnaim.blogspot.com