“Perlu ada keredhaan Allah dalam
amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia
berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika DIA telah menerima
amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi
apa-apa kesan pun.” –Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang Hidup
Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Syukur pada Allah, masih lagi bernafas
di muka bumiNYA, semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan
keampunanNYA. Hari ni aku nak berkongsi seuatu yang sangat indah dan
semoga bermanfaat buat kalian. Pada awal bulan Mac, kalau tidak silap,
aku tercari-cari buku berkenaan Allahyarham Ahmad Ammar selepas
terbaca di internet tentang kisah syahid beliau di bumi Turki. Aku
sangat-sangat berharap dapat memilikinya. Alhamdulillah, Allah
permudahkan hajat tu. How to describe the book? As for me, aku akan
simpan buku ni sebagai koleksi yang sangat aku sayang. The contents
really help me to think and realize a lot of things, I haven’t
aware of before.
Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang Hidup Legasi 1993-2013, Tokoh Maulidur Rasul 2014 Peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan. |
“Satu Kematian yang Hidup”. Ya
pemergian Ahmad Ammar bertemu Sang Pencipta merupakan satu kematian
yang hidup. Ammar 3 tahun lebih muda pada aku pada angka, tapi
pemikiran dan kematangan Allahyarham, Subhanallah. Bagai langit
dengan bumi. Malu sungguh aku. Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di
perkuburan Eyub Sultan menghadapLaut Golden Horn. Tanah perkuburan ni
menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima
Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar
telah memberi pengecualian kepada Ammar sehingga Allahyarham menjadi
orang Malaysia pertama disemadikan di sini.
Aku akan buat nota untuk setiap pernigatan-peringatan indah yang dijumpai dalam buku ni. |
Kisah syahid Ammar menjadi viral bukan
sahaja di Malaysia tetapi telah menjangkau ke banyak Negara yang
ingin mengtahui lebih lanjut tentang beliau. Beliau merupakan pelajar
cemerlang yang mempunyai intelek dan emosi pada tahap yang tinggi.
Beliau merupakan seorang “syahid yang tertangguh”. Pemikiran dan
penglibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada
usia 20 tahun, beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan
kemanusiaan termasuk di Syria.
Walaupun tidak mengenali Ahmad Ammar,
jauh sekali pernah berkomunikasi dan berjumpa dengan Allahyarham,
serius aku rasa rindu untuk mengenali Allahyarham. Semoga kisah Ammar
menjadi pencetus semangat untuk aku menjadi hamba Allah yang berjaya
di dunia dan di akhirat. Thank YOU ALLAH, sebab izinkan aku memiliki
buku ni.
Anda boleh pinjam pada kawan-kawan dan
cubalah baca. Yang berada di Pulau Pinang, dan terlepas peluang untuk
membeli, saya berbesar hati untuk meminjamkan buku ini. InsyaALLAH
bermanfaat, especially for teenagers.
“Jika engkau mahukan teman, Cukuplah
ALLAH sebagai teman,
Jika engkau Mahukan musuh cukuplah
Nsfsu sebagai seteru,
Jika engkau mahukan hiburan, Cukuplah
Al-Quran sebagai bacaan,
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah
mati sebagai penasihat.” –Ahmad Ammar
Melalui buku ini telah menemukan aku dengan buku yang mengagumkan dan memberi inspirasi, Badiuzzaman Said Nursi, Pejuang dan Pemikir Islam Turki. |
P/S: Bermula pada19/09/2014, penulisan
di Blog ini adalah mengikut Tema. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh
Klik link ini (Kenali Saya dan Blog)
6 comments:
Salam. Buku ini best sangat. Saya telah like page anda dan add anda sebagai follower.
Bagusnya buku ni..pandai' yg berjiwa besar arwah Ahmad Ammar ni..semoga Allah mencucuri rahmatNya
Bagusnya buku ni..pandai' yg berjiwa besar arwah Ahmad Ammar ni..semoga Allah mencucuri rahmatNya
Post yg sangat menarik...kekuatan dan kelemahan datangnya dari diri sendiri..dari pembacaan yang berbentuk motivasi boleh meningkatkan keyakinan diri. :)
Nak cari gak la buku ni
♡♡♡
al-fatihah...
semoga Allah tempatkannya di Syurga kelak...amin
http://ilotnaim.blogspot.com
Post a Comment