Friday, December 30, 2016

Selamat Tinggal 2016


   15 September 2015, Selasa; tarikh yang terpapar pada entri terakhir di blog ini yang dahulunya aku bahasakan ‘rumah kedua’. Sekadar berkias pada lamanya penulisan blog ini yang sudah tidak tercakna. Bukan itu yang menjadi pokok dan akar pada nukilan tinta hati kali ini tapi lebih kepada rasa syukur atas ruang dan kesempatan yang masih diberikan oleh Allah pada kudrat, rohani dan kewarasan untuk terus berjalan di dunia yang kian senja seperti usia diri. Moga pada usia yang masih berbaki ini, akan terus perbaiki diri dan tanpa putus asa pada harapan agar kembali ke alam hakiki berbekalkan redha ilahi. Allahumma amen.

   Beberapa jam lagi jendela kamar 2016 akan melabuhkan tirainya, maka tabir 2017 akan dibuka penuh harapan serta doa, moga kisah pada babak-babak lepas sedari azan dan iqamat dialun pada ke dua belah cuping telinga ini akan terbuku menjadi wacana berharga , kitab panduan untuk aku mengatur langkah, menempuhi madrasah kehidupan ini. Dizahirkan juga kalam syukur, Alhamdulillah, pernah aku sangka akan tersungkur rebah pada ujian yang pada anggapanku besar jika dibanding sebelumnya. Tiada apa yang perlu diragukan pada kalam dan janjiNya, genggam teguh kalam syahadah, dekat diri pada kitab mukjizat dan bersederhanalah pada sekalian perkara.

   Benarlah ilmu pada kita manusia dikiaskan bagai setitik air daripada saujana lautan, terbatas! Bagi aku jika benar hendak dikesali pada berlalunya perkiraan usia, maka renunglah pada terbazirnya masa atas urusan lagha. Tidaklah dapat diputar roda masa, mungkin rindu pada indahnya kenangan silam dan barangkali mahu dialterasi dan diperhalusi pada cacat cela pengolahan dan pengisahannya. Cacat cela? TIDAK! Mana mungkin aturan dan rencana yang maha bijaksana ada tempangnya, melainkan perancangan manusia disulam benang nafsu dan bisikan iblis. Berbalik pada fitrah insani, pada Dia tidak pernah ternoktah doa dan sandaran harapan. Lalu, masih lagi ada percaturan untuk sebuah misteri yang dibahasakan sebagai  masa hadapan. Mungkin bakal terisi lagi peritnya ujian kehidupan, namun masih terus mengharap pada lingkungan kesederhanaan agar terarah segala gerak geri jasad, nakalnya pemikiran dan kedahagaan nafsu tak berkesudahan.

   Sedikit harapan pada mu wahai 2017, jadilah murabbi pada madrasah kehidupanku, bimbinglah ketempanganku, sedarkan aku pada indahnya tidur bermimpikan kelalaian, beratkan pada kepalaku pemberat rasa kehambaan dan sifat rendah diri agar tidak aku segampangnya mendongak ke langit merentasi fitrahku. Seiring mengikut irama nadi dan denyut jantungku, sentiasa  berharap diampunkan pada khilafnya kata, jahatnya bisikan hati dan salahnya gerak diri.


Moga bertemu di entri berikutnya. Selamat tahun baru, 2017. Akhiru kalam, Assalamualaikum w.b.t.

Nota kaki: Pada dia yang Allah kirimkan sebagai watak yang menyambut tanganku pada ketika aku rebah tersungkur tak punya apa-apa. Tiada ayat yang bisaku olah, menjadi karya untuk dinukilankan perasaan kasih dan syukur pada kehadiranmu. Terima kasih kerana masih disisi, banyak yang aku pelajari daripadamu, menunggu nota seterusnya, setiap nasihat dan teguran dari mu banyak menyedarkan aku yang lena diulik mimpi. Kiranya kau membaca. :)

Tuesday, September 15, 2015

Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t

Semoga insan yang sedang membaca sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH S.W.T. InsyaALLAH.

Ucapan syukur yang tak terhingga pada ALLAH tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kau massih panjangkan umurku, tidak lain hanya untuk mengingatkan aku pada dosa yang menggunung tinggi, masih ENGKAU buka pintu-pintu taubat. Semoga diriku dan Insan yang membaca ini sentiasa mengingati kematian dan diberi hidayah untuk terus bertaubat dan melakukan segala perkara yang engkau suruh dan meninggalkan laranganMU.

Semoga hati ini istiqamah dalam berjuang mencari keredhaanMu. Semoga tiada putus asa dan lelah dalam berjuang mencari keredhaan dan kasih sayangMU. Sesungguhnya yang paling aku takuti ya ALLAH, kemurkaanMU, aku takut pada kelalaianku, aku takut pada perasaan tidak berdosa dalam melakukan perkara yang ENGKAU larang, aku takut ya ALLAH jika aku kembali mengulangi segala dosa dan khilafku.

Ya ALLAH aku berharap kehadiran khusyuk dalam melakukan ibadah kepadamu, aku berharap kehdiran rasa cinta terhdap rasulku MUHAMMAD S.A.W,. Semoga aku menjadi anak yang soleh. Sahabat yang baik.

AMEEN. :)


Saturday, April 11, 2015

My Hero is Back

Assalamualikum and Hello...

Fahmie Firas in the house... Walaweiii.. Lama gila tak post entry kat blog ni.. Sekarang ni dunia Blogging kat Malaysia ni dah tak berapa nak gempak. Aku tak tahu la, sama ada perasaan aku je kot sebab dah lama tinggalkan dunia blogging ni.  Ye la, masa aku kat kampus dulu, rancak giler kot, ramai geng-geng blogger and news feed pun meriah dengan post-post yang awesome. Semalam pergi dekat page Blog dekat Facebook saja je go through, seriuosly dah tak macam dulu. well, enough.


Aku saja nak share pasal title entry kat atas tu, who is my Hero?? tak delah, aceli nak cerita pasal laptop aku yang sangat lah manja macam tuan dye.  Ni dah kali ke berapa hantar pergi kedai, skrin problem, format dah 3 kali dan yang terbaru melayang duit aku RM430 cip apa ke benda entah rosak. Disebabkan aku sangat memerlukan Laptop dalam kehidupan seharian dan tak mampu nak beli yang baru dalam keadaan ekonomi yang sangat gawat ni, terpaksalah jugak hantar masuk hospital.

 Well, lepas 2 minggu, I got back my 'Hero'. Aku harap kau tak buat hal lah, atleast dua tahun berbakti untuk aku. Just like before, aku ada keinginan nak lebih berdisplin br-blogging lepas ni sebab rumah pun dah ada internet.

Sekarang ni aku tengah draft plan untuk hala tuju aku berblogging dan Vlog jugak. InsyaALLAH, will come up with more interesting materials soon.

Okay cukup lah sampai kat sini, badan dah letih sangat tapi rasa nak menaip jugak. Minggu ni sangat pack dengan program fitness. Entry kali ni tersangatlah cacamerba. Feel bad for that.

Wednesday, October 1, 2014

Pengalaman Sebagai Guru Ganti

Sesuatu yang indah, akan terpahat menjadi kenangan”

Start je daripada sekolah menengah, kalau tanya cita-cita aku, cikgu sememangnya tak ada dalam list. Well, bukan sebab aku underestimate kerjaya tersebut tapi memang rasa tak berminat. Sampailah tiba masa aku isi boring UPU (Borang kemasukan ke Universiti), UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan apa-apa kursus pendidikan memang tak ada dalam list. Tapi bila dah masuk universiti, timbul pulak rasa teringin nak jadi cikgu. Kursus yang paling aku minat dan rasa menyesal tak ambil ofcourselah TESOL. Keinginan untuk menjadi pendidik tu lagi bertambah bila dah graduate, aku jadi macam tak berminat nak kerja berkaitan dengan course yang aku belajar. 

So dipendekkan cerita, aku try hantar permohonan sebagai guru ganti kat PPD Barat Daya dan PPD Timur Laut, Pulau Pinang. Tak lah mengharap sangat, tapi lepas sebulan dapat tawaran mengajar di SMK Sungai Ara, Pulau Pinang selama 2 bulan setengah. Seriously, aku teramatlah excited nak mengajar walaupun langsung tak ada pengalaman.Sepanjang dua bulan kat sekolah tersebut, banyak benda yang aku belajar dan banyak kenangan indah yang tak akan pernah aku lupakan. Pelajar-pelajar kelas aku, budak-budak olahraga sememangnya awesome, banyak kenangan dengan diorang. Merasa jugaklah 2 3 trip keluar daripada sekolah walaupun dekat je. Bawak budak olahraga ke ‘ESCAPE’ Teluk Bahang. Budak Kelab Kembara ke Penang Hill dan Taman Belia. Hantar budak acara jemputan alohraga. Semua pengalaman ni memang gempak.


Yang paling best sekali, time aku mengajar trend ber’selfie’ sangatlah femes. Bila ada apa-apa event semua berebut nak selfie. Terasa macam artis, walaupun langsung tak pandai menyanyi ataupun berlakon. Guru-guru kat sekolah ni pun semua okay, especially, my ‘Geng Bilik Disiplin’ Cikgu Aziddin, he’s legend, Ayah. Cikgu Syuhadat, Abang. Cikgu Faezah, Cikgu Suriani Zulkifli, Cikgu Ina a.k.a Kak Ina, Cikgu Noraini,Kakak-kakak. Cikgu Daniel, Cikgu Rafiz, Cikgu Faiz, Ustaz Khalid. Gonna miss u, always.



Well, banyak kenangan indah sepanjang bergelar guru ganti di sekolah tersebut dan akan menjadi satu tajuk yang akan selalu dibaca dalam buku cerita perjalanan hidup aku. Bagi aku, ALLAH bagi aku peluang untuk mengajar supaya aku lebih menghargai sesiapa sahaja yang pernah mengajar aku, bukan guru di sekolah atau pensyarah sahaja, termasuklah ustazah di sekolah agama, ustazah mengaji, cikgu aerobic, cikgu tadika dan sesiapa sahaja yang pernah memberi pelajaran berguna tentang hidup kepada aku. Emak adalah cikgu terbesar dalam hidup aku. Arwah ayah, engkau juga guru kepada hidup ku, walaupun Allah Cuma pinjamkan kau seketika.



All above all, tanggungjawab seorang guru atau pendidik sangat besar dan merupakan satu kerjaya yang murni. Satu pelajaran berharga yang aku dapat, guru bukanlah satu karier yang sesuai dengan diri aku walaupun pada satu masa aku rasa sangat-sangat teringin untuk menjadi seorang guru. Tu la, bila dah merasai sendiri pengalaman menjadi seorang guru, baru lah aku dapat rasa kecenderungan aku memang bukan kearah itu. InsyaALLAH, Allah dah aturkan satu perjalanan indah untuk hidup aku dan aku sangat percaya pada takdir indahku. Yang tinggal hanya USAHA, USAHA dan BERUSAHA. Kepada semua guru dan pendidik, berbanggalah kerana anda memiliki satu karier yang sangat murni. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Ameen.


Bingkisan kenangan. SMK SUGAI ARA, kau selalu dalam ingatan.






















































-SEKIAN-